Friday 15 July 2011

BIO FIBER



BIO FIBER
Kategori:
Minuman kesihatan
Isi Kandungan:
75 gram (min)
Temph Guna:
2 minggu
Kesesuaian:
Semua peringkat umur
 
Usus dianggap organ yang penting kerana diketahui mengandungi berjuta-juta mikroflora yang berperanan untuk menjaga kesihatan. Mikroflora atau bacteria di dalam usus terbahagi kepada uda iaitu bacteria baik dan bacteria berbahaya. Bacteria berbahaya (patogenik) boleh menyebabkan penyakit manakala bacteria baik berperanan untuk memelihara kesihatan. BIO-FIBER mengandungi prebiotik yang merupakan sumber makanan yang menggalak pembiakan bacteria baik dan menghasilkan kesimbangan mikroflora tersebut di dalam kolon.. Prebiotik BIO-FIBER bersifat bifidogenik iaitu bahan yang menggalak pertumbuhan bacteria bifidus (bifidobacteria). Terdapat beberapa factor yang menyebabkan berlakunya “pengalihan kuasa” bacteria di dalam usus tsermasuklah jangkitan bacteria dan virus, stress, rawatan antibiotic, alcohol, pola makanan, kimoterapi, tadiasi dan iklim. Prebiotik di dalam BIO-FIBER membantu menambah imbangan kuman baik untuk mencegah dan merawat penyakit. BIO-FIBER mengandungi beberapa garamtisu Biokimia rumusan Prof. Dr. Azizan Ismail.


BIO-FIBER sesuai untuk


  • Meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
  • Mengekalkan sistem penghadaman yang siha!.
  • Meningkatkan fungsi usus dengan cara menyeimbangkan mikroflora, mengurangkan sembelit dan meningkatkan pergerakan usus
  • Merawat masalah diarea (cirit)
  • Mengurangkan serum kolesterol dan diabetes (kencing manis)
  • Membersihkan darah daripada toksin dan sekaligus membersihkan darah.
  • Membolehkan nutrien di serap dengan sempurna
  • Mencegah jangkitan yang disebabkan oleh kuman berbahaya


BIO-FIBER membantu anda mengatasi:

BERAT BADAN BERLEBIHAN

Pengambilan BIO-FIBER akan memekatkan isi perut menyebabkan pelepasan ke dalam usus lambat. Proses ini menyebabkan timbulnya rasa kenyang dan selera makan akan menurun. Ia akan membantu mengurangkan berat badan dan menguruskan badan.

GASTRIK

Selain makanan pedas dan stress, gastric disebabkan juga oleh bacteria H.pylori yang dapat hidup di dalam perut berasid. Bukti saintifik menunjukkan Lactobacili menghasilkan asid organic yang boleh merencatkan pertumbuhan bacteria pathogen. BIO-FIBER penting untuk pembiakan lactobicili untuk menguatkan system pertahanan usus dan mencegah jangkitan.

KEMBUNG

Berlaku akibat penambahan gas di dalam saluran intestinal gastro kerana proses fermentasi (penapaian) dan pereputan makanan yang tidak dihadam oleh bacteria. Kembung juga terjadi kerana laktosa intoleren (ketidakserasian susu) dan pertumbuhan bacteria pathogen. BIO-FIBER membantu system penghadaman dan menggalak keseimbangan bacteria di dalam usus.

DIABETES

Membantu mengawal paras gula di dalam tubuh. Serat yang bersifat seperti gam akan mengikat lemak-lemak, gula berlebihan serta hampas pencernaan. Masalah longgokan lemak dan kolesterol dalam badan dapat diatasi, membantu peredaran darah dan menguatkan semula jantung. Di samping itu juga, gula yang diikat tadi dapat menurunkan kandungan gula dalam darah dan air kencing. Tidak mengandungi laktosa yang memberi kesan ketidak-selesaan perut. Membantu melambatkan penghadaman dan penyerapan karbohidrat.


SEMBELIT

Bahan buangan (feses) yang bergerak perlahan melalui usus boleh mengakibatkan sembelit. BIO-FIBER mencegah konstipasi (sembelit) secara melebut, menghidrasi dan menambah isipadu air pada feses Kerana adanya tekanan osmotic, ia menjadikan najis semakin berat dan semakin kerap untuk membuang air besar.
 
MENGURANGKAN RISIKO KANSER

Nilai pemakan yang terdapat di dalam BIO-FIBER mampu menentang pertumbuhan kanser di dalam kolon dan beberapa bahagian lain system penghadaman. Ia menutralkan enzim berbahaya yang boleh mengubah prokarsinogen kepada karsinogen yang aktif untuk merangsang system pertahan tubuh menentang aktiviti sel tumor.

KLESTEROL

Masalah kalosterol dapat dikurangkan dengan pengambilan BIO-FIBER. Ia bertindak dua cara iaitu memecah kolesterol supaya mudah dibuang atau dengan menyerap terus kolesterol tersebut. Ia menghalang penyerapan kolesterol dari usus.
  


Cara makan :

1 sudu teh 2 kali sehari ditambah dalam minuman.
Selepas mengambil BIO-FIBER minum air sekurangkurangnya 8 gelas sehari.
  

NIKOTINEX


NICOTINEX


Kategori:
Homeopati
Isi Kandungan:
45 biji
Temph Guna:
23 hari
Kesesuaian:
Khusus bagi mereka yang merokok

ROKOK


Sedarkah anda bahawa dalam sebatang rokok yang dihisap mengandungi lebih 4000 bahan kimia beracun termasuklah Acetone (peluntur cat), Ammonia (pencuci lantai), Cadmium (beteri),Hydrogen Cyanide (racun hukuman mati), Arsenic (racun semut), Methanol (bahan bakar rokok) danNaphtalens (ubat gegat).

Selain dikaitkan dengan masalah paru-paru dan jantung masalah yang disebabkan oleh rokok tidak boleh dipandang remeh. Mereka yang merokok juga dikaitkan dengan kegagalan sistem reproduktif termasuklah masalah kemandulan. Anak-anak yang bakal dilahirkan juga bakal menghidap penyakit asma dan radang paru-paru. Rokok juga menjejaskan hampir keseluruhan aspek seksual, reproduktif dan kesihatan kanak-kanak.

Bayi yang terdedah dengan asap rokok dikaitkan dengan kematian di tempat tidur (Sudden Intant Death – SID), kelahiran pra-matang, dan jangkitan pada sistem pernafasan.

Wanita hamil yang merokok juga berisiko berlakunya keguguran, melahirkan bayi yang kurang berat badan, Pada masa yang sama merokok juga boleh mengakibatkan kecacatan kepada bayi seperti sumbing. Wanita yang sedang menyusu bayi juga tidak digalakkan merokok kerana kuantiti dan kualiti air susu akan terjejas.


Kesan Kegunaan


Produk ini bertindak dengan menghapuskan nikotin (candu) rokok atau menghilangkan kesan daripadanya. Mengurangkan ketagihan bagi mereka yang mahu berhenti merokok. Boleh juga berhenti langsung. Dapat mengurangkan bau busk pada penghisap rokok.

Lain-lain kegunaan:

Tiada

Kemungkinan kesan mudarat ringan:

Akibat tindakannya menghapuskan nikotin ini, kadangkala boleh menimbulkan:

a.Loya dan muntah:
Memuntahkan lendir gelap bertali yang mengandungi candu rokok.
b.Mengantuk:
Juga akibat penghapusan nikotin dalam sistem tubuh.

Cara makan:
Dikemam atas lidah 1 tablet 2 kali sehari (pagi dan petang).


Pantang:
Kopi & Nescafe.


BIO LAC

BIO LAC


Kategori:Minuman Bayi
Isi Kandungan:500 gram
Tempoh Penggunaan:tahun & ke atas
Kesesuaian:Bayi dan kanak-kanak

Merupakan serbuk susu dari susu yang dipasteur, mengandungi kombinasi garam tisu Biokimia yang diformulasikan oleh Prof. Dr. Azizan Ismail.

Keistimewaan tambahan garam tisu biokimia:       
   
 Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental
___
 Kecergasan dan kecerdasan        
___
 Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam       
___
 Menyihatkan kulit dan rambut, menguatkan tulang dan gigi      
___
 Membuang bahan toksid dalam badan       
___
 Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan         
___
 Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan
   
  


EXAMO EKONOMI PEK


EXAMO EKONOMI PEK


EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental; takut, cemas, runsing; memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak.

EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak.

EXAMO-CKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.

Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500
Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Bila mana tenaga berkurangan, timbullah keadaan-keadaan seperti:
  1. Lesu
  2. Lemah
  3. Mengantuk
  4. Sengal otot dan sendi
  5. Lapar dan Dahaga
  6. Marah - Marah
  7. Tidak dapat meneruskan kerja

Kenali Permasalahan Otak dan Rawatannya
Adakah anda atau anak and mengalami kebuntuan fikiran, payah hafalan, lembab berfikir,pelupa,pemalas serta emosi terganggu ? Sekiranya ini berlaku, sudah tentulah prestasi pembelajaran akan turut terganggu. Keadaan tersebut bukanlah sesuatu yang diminta atau keadaan semulajadi bagi setiap orang.

Faktor pemakanan menyumbang hampir 100% kepada keadan cemerlang atau merosotnya prestasi minda. Pastikan anda tidak mengambil pemakanan neurotoksik yang berlebihan seperti aiskrim, cuka, asam dan ubat dadah.

Anda juga harus menghentikan aktiviti gegaran otak seperti menanduk bola atau menghantuk kepala. Keadaan ini akan mengganggu proses pertumbuhan rami saraf dendrit dan dendron bagi tujuan penyimpanan maklumat.

Usia yang meningkat juga mempengaruhi penurunan kualiti minda. Dengan pengambilan Examo CKM 500, masalah kurang daya ingatan dapat diatasi. Disamping pengambilan neurofilik yan dicadangkan seperti kekacang, kismis, tamar, anda akan merasai perbezaan yang amat ketara kepada kualiti minda anda.

Fikiran akan kembali cergas, bersemangat, rajin serta daya tumpuan yang meningkat. Cubalah dan rasainya sendiri.

Kenapa Otak memerlukan makanan ?
  1. Pertumbuhan Sel Otak
  2. Tenaga Berfikir
  3. Perkembangan minda dan Sahsiah
  4. Mencegah dan Merawat Penyakit Otak, Fikiran dan Perasaan(termasuk tingkah laku)
  5. Kesihatan Otak, Akal & Perasaan

Kategori Pemakanan Dan Otak
NEUROFILIK
Kumpulan makanan yang diperlukan otak untuk tenaga berfikir, pertumbuhan dan perkembangan minda, kesihatan dan pencegahan penyakit yang berkait dengan otak, fikiran dan perasaan.
  1. Mencergaskan fikiran
  2. Menimbulkan kerajinan
  3. Mencerdaskan akal
  4. Meningkatkan kreativiti
  5. Meneguhkan ingatan
  6. Menambah daya tumpuan
  7. Menghilangkan keresahan, runsing dan takut
  8. Menaikan semangat
  9. Menjauhkan kebosanan

Pemakanan Neurofilik
  1. Ikan
  2. Kekacang dan kekeras: kacang soya, kacang tanah, kacang hijau, kacang pis, kacang pistacio, badam
  3. Bijirin seluruh : barli, gandum, berak tumbuk, jagung
  4. Sayur-sayuran : lobak merah, daun saderi
  5. Sayur-sayuran hijau
  6. Buah-buahan : limau, mangga, pisang, betik
  7. Kismis
  8. Kurma
  9. Susu dan makanan drp susu : keju, yogurt
  10. Gula semula jadi : gula merah, gula melaka
  11. Koko & coklat
  12. Belalang
  13. Minyak sayuran : minyak kacang soya, minyak jagung, dan minyak bunga matahari
  14. Beras warna coklat/perang
  15. Roti mil putih
  16. Madu lebah
  17. Makanan laut mengandungi iodine : kerang & siput
  18. Minyak Ikan
  19. Telur
  20. Examo CKM 500( Nutrien otak rumusan Prof. Dr Azizan Ismail)

NEUROTOKSIK
Kumpulan makanan yang tidak diperlukan otak kerana boleh meracun otak, minda dan fikiran sambil menimbulkan kerosakan pada otak, menjejaskan fikiran berfikir dan melemahkan ingatan serta mengganggu perasaan. Mendatangkan Kesan Buruk Kepada Otak dan Saraf

Menimbulkan keadaan : Mengantuk, malas, iritasi dan alergi, keresahan, lemah ingatan, lembab berfikir, payah hafalan, kedunguan, gangguan emosi, tingkah laku dan perangai.

Pemakanan Neurotoksik
  1. Aiskrim
  2. Air klorin
  3. Cuka, asam, jeruk
  4. Biji & ulam pucuk gajus
  5. Biskut & kek
  6. Buah pala
  7. Garam : sederhana munasabah
  8. Gula : berlebihan
  9. Makanan ringan : gula-gula, asam masin, keropok snek
  10. Kopi & Teh
  11. Makanan alergi : sotong, udang, ketam, belacan
  12. Makanan masak berminyak
  13. Rokok, dadah dan ubat dadah.
*** Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut, tenaga perlu dipulihkan.

Bagaimana hendak memulihkan tenaga ?
Mengikut kajian ada 3 cara bagi memulihkan tenaga, iaitu:

Memberi semangat dan perangsang
Memberi semangat dan perangsang Seseorang pelumba lari jarak jauh (Marathon) akan menjadi letih tidak bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga galakan perangsang yang diberikan oleh penonton dan penyokong kepada satu pasukan bolasepak akan dapat menimbulkan tenaga baru pasukan itu dan meneguhkan semangat juangnya.

Beristirahat
Beristirahat Setelah banyak bekerja seseorang akan terasa letih dan tidak bermaya. Dengan cara beristirahat tenaga yang hilang akan dapat dipulihkan. Selepas beristirahat bolehlah ia meneruskan kerja.

Makan dan minum
Makan dan minum Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang dibelanjakan semasa bekerja. Apa yang harus dimakan? Yang harus dimakan ialah benda-benda yang boleh memberi tenaga seperti gula, nasi, kanji, bubur gandum, teh dan sebagainya.

Demikian pulalah halnya dengan otak
Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira mudah dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis-analisis, merangka strategi dan sebagainya maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan. Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu.

Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:
  1. Perasaan gementar, cemas dan bimbang
  2. Bersifat pesimis dan bersikap negatif
  3. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
  4. Selalu letih dan tidak bertenaga
  5. Sering diganggu kesedihan tidak menentu
  6. Serabut fikiran dan kelesuan otak
  7. Lemah daya berfikir dan rasa malas
  8. Mudah lupa dan rasa jemu
  9. Kurang daya tumpuan
Bagaimana hendak memulihkan tenaga otak ?
Seperti juga tenaga fizikal, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga otak, iaitu:

Memberikan semangat dan perangsang
Memberi semangat dan perangsang Seseorang yang menggunakan psikologi dapat menolong membaiki prestasi murid-muridnya denga kata-kata perangsang, seperti, “Jangan putus asa. Cuba lagi. Saya yakin kamu boleh berjaya”. Seorang ayah menasihati anaknya dengan kata-kata, “Ayah faham matapelajaran ini susah sedikit, tetapi setiap yang susah itu, sudah pasti ada jalan mengatasinya”. Kata-kata perangsang begini boleh membuat anaknya itu bersemangat kembali dan terus maju. Tetapi masalahnya, sampai bilakah seseorang itu mengharapkan diberi semangat dan perangsang oleh orang lain? Semangat dan perangsang seharusnya datang dari dalam diri sendiri. 

Beristirahat
Beristirahat Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirahat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak itu. Tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan rehat. Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. D. Samuel dan rakan-rakannya dari Institut Weismann di Israel, di dapati pada satu-satu ketika, otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 tindak balas elektrokimia. Oleh itu otak sebenarnya kurang dapat berehat walaupun tubuh berehat.

Makan dan minum
Makanan Seperti juga dengan tubuh, tenaga otak pun boleh dipulihkan dengan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf. Apakah nutrien saraf yang dapat memulihkan tenaga? Jawapannya akan diberikan kemudian nanti. Pendapat orang Ada orang berpendapat, kecerdasan akal seseorang bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah orang (tinggi I.Q) orang itu. Dan kalau sedikit neuron,maka kurang cerdaslah (rendah I.Q) orang itu. Adakah benar pendapat ini? Pendapat itu adalah salah.

Kecerdasan Akal
Kecerdasan akal (I.Q) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam sesebuah otak. Prof. Pyotr Anokhin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akan seseorang.

Menurut penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, yang mempengaruhi kecerdasan akan seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendritic fibres) di neuron. Otak yang cerdas ialah banyak membentuk hubungan atau jalinan di antara ramisaraf-ramisaraf dendrit. Untuk membentuk hubungan atau jalinan yang banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Beruntunglah orang yang mempunyai banyak ramisaraf dendrit, sebab akalnya cerdas.

Bagaimana dengan orang yang kurang cerdas ? Bolehkah digalakkan pertumbuhan ramisaraf dendrit otak ?
Jawabnya: BOLEH

Kajian Prof. Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh menggalakkan ranting-rantingnya tumbuh dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itupun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.

Menurut penyelidikan Dr. W.H. Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa Jerman menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia.

Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan biokimia istimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500. EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.

Aktiviti Otak
Semua aktiviti otak berfikir, mengingat, menyimpan maklumat, merenung dan mengkaji masalah, menumpu perhatian dan lain-lain adalah proses hasil tindakbalas elektrokimia.

Dari situ kita boleh faham bahawa, untuk melakukan sesuatu aktiviti mental, otak memerlukan bahan kimia bagi menimbulkan impuls elektrik yang berlari melalui ramisaraf dendrit neuron dan akson. Sama halnya dengan sebuah bateri.

Ketahuilah, EXAMO-CKM 500 membekalkan bahan kimia yang diperlukan itu. Sama seperti baja untuk pokok yang mesti dirumus menurut keperluan optimum pokok, demikianlah juga EXAMO-CKM 500 dirumus istimewa bagi memenuhi keperluan otak untuk tujuan mendapatkan kesan baik paling maksimum. EXAMO-CKM 500 adalah dijamin paling berkesan, suci dan halal.

Ia tidak mengandungi dadah dan dengan itu tidak boleh mendatangkan kesan sampingan, tidak membahayakan kesihatan, tidak menimbulkan ketagihan. EXAMO-CKM 500 telah diujikaji oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Masyarakat di England (Department of Health and Society Security, England).

EXAMO-CKM 500 selamat untuk kegunaan semua peringkat sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu yang hamil. Para saintis mendapati bahawa otak manusia mengadungi antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel otak, neuron yang berfungsi. Setiap hari beribu-ribu sel di dalam tubuh dan otak akan mati. Sel-sel tubuh yang mati akan diganti dengan sel-sel baru. Tetapi sel-sel otak (neuron) yang mati tidak akan diganti dengan sel-sel baru.

Ketahuilah menurut kajian, zat Kalium Posfat dan Magnesium Posfat bertindak melambatkan kematian sel-sel otak ini. Di dalam EXAMO-CKM 500 kesemua ramuan diperbuat daripada bahan-bahan bersih lagi suci mengikut The British Homeophatic Pharmacopoeia dengan menggunakan kaedah triturasi. Triturasi adalah kaedah pembuatan paling saintifik yang menghasilkan nutrien yang mudah cerna. Sejak dipasarkan kepada umum pada tahun 1983 EXAMO CKM 500 telah mendapat sanjungan dan banyak digunakan oleh kanak-kanak tadika, penuntut sekolah, kolej dan universiti sama ada dalam negeri mahupun luar negeri.

Kesan Kegunaan
Meningkatkan kecerdasan akal Penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, kecerdasan bergantung pada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.
Memulihkan tenaga mental Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, Cl, dll.
Membasmi masalah lupa Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak. Perlu ada laluan maklumat baru dan banyak…perbanyakkan siratan ramisaraf dendrit.
Lain-lain kegunaan
Dapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:
  1. Payah tidur
  2. Migrain
  3. Lelah
  4. Kanak-kanak degil
  5. Orang pendiam, malu, takut dan pemarah.
  6. Gangguan mimpi-mimpi gerun
  7. Pesakit jiwa atau mental

Memperkenalkan rumusan nutrien untuk menyuburkan keupayaan akal, serta memulihkan gangguan dan kelemahan saraf otak. EKONOPEK EXAMO yang terdiri daripada gandingan rumusan biokimia EXAMO CKM-500 dan rumusan homeopati EXAMO CKM-500 PLUS, adalah amat sesuai untuk kanak-kanak sekolah terutama sekali yang bakal mengambil peperiksaan.

Jangan persiakan keupayaan dan masa depan anak-anak anda yang masih di bangku sekolah. Bertindak sekarang ketika mereka masih muda. Dapatkan EXAMO CKM-500 bersama EXAMO CKM-500 PLUS di dalam satu kotak EKONOPEK EXAMO yang menjimatkan

Kesesuaian
Semua peringkat. Istimewa bagi yang sedang belajar dan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan

Cara Makan
  1. Dikemam dalam mulut
  2. Ambil 1 biji bagi Bayi (kurang 1 tahun)
  3. Ambil 2 biji kanak-kanak (1-7 tahun)
  4. Ambil 3 biji kanak-kanak (7-14 tahun)
  5. Ambil 4 biji Dewasa (14 tahun keatas)

MATSA

MATSA
Matsa merupakan rumusan pemakanan berasaskan sains homeopati yang berperanan merangsang aktiviti hemisfera kiri otak, terutamanya yang melibatkan proses pemikiran sains dan matematik.
Matsa mengandungi ramuan Dinamik Nux Vomica, Calcarea Carbonica Ostrearum dan Faktor S 200.
Sesuai sangat dengan pelajar yang lemah, pelupa, selalu silap istilah, payah berfikir tentang timbangan, jarak, berat, kurang tumpuan dan malas.
Faktor S 200: Mudah lupa fakta seperti nama dan tarikh. Mudah kecewa dan putus asa.
Tindakbalas MATSA
Proses mengira memerlukan tumpuan yang tajam dan keupayaan logika yang tinggi. Biasanya apabila kita tidak dapat jawapan yang betul atau payah sangat hendak faham dan menyelesaikan masalah hisab (matematik dan sains) kita mudah putus asa dan menjadi marah. kemudian perasaan kita bertukar menjadi benci terhadap matapelajaran tersebut.InsyaAllah dengan mengambil formulasi MATSA semua ini akan selesai dan anda akan nikmati suasana tenang dan senang dengan kerja mengira dan berfikir. MATSA bertindak merangsang dan mengaktifkan otak kiri yang terlibat dengan proses pengiraan, logik dan pemadanan istilah.
Peringatan
Apabila MATSA bertindak mendatangkan perubahan ke arah kecemerlangan minda anda, jika terdapat sebarang keracunan dalam tubuh, ia akan memaksanya keluar dalam bentuk ruam atau bisul atau mungkin sedikit sakit kepala atau demam. Jangan bimbang dengan proses pembersihan ini. Racun dalam badan adalah antara penyebab gangguan minda menyebabkan masalah-masalah berkaitan keupayaan mengira, menaakul dan mengistilah.


Amalan Yang Dapat Membantu
Adalah dinasihatkan agar anda memberikan kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan, produk-produk berikut mulai sekarang:
  1. MATSA
  2. EXAMO-CKM 500
    Berikan 3 atau 4 kali sehari. Berikan pagi semasa hendak ke sekolan, waktu petang dan malam. Bilangannya boleh dilebihkan daripada biasa. Jika biasa mengambil 4 biji, boleh dilebihkan hingga 6-8 biji sekali makan.
  3. EXAMO-CKM 500 Plus
    Biasanya diberikan seminggu sebiji, tetapi dalam keadaan hendak menghadapi peperiksaan, pengambilan boleh dikerapkan 3 hari sekali.
  4. STAMINEX
    Memadai diberikan 2 kali sehari, sebelumanak ke sekolah dan malam. STAMINEX membantu menenangkan tidur dan menghilangkan lenguh-lenguh dna sakit-sakit akibat kegiatan waktu siang. Disamping itu ia memberi tenaga khusus untuk kuat berfikir.
  5. REMEDI HOMEOKIT NO 10
    Seminggu sebelum anak menduduki peperiksaan atau ujian penting, mulakan memberikannya REMEDI HOMEOKIT No 10. Remedi ini akan mendatangkan ketenangan jiwa dan minda dan dengan itu menghilangkan keresahan dan rasa takut dan cemas hendak menghadapi peperiksaan. INGAT: Mula berikan 1 minggu sebelum peperiksaan. InsyaAllah ia akan membantu anak anda menghadapi peperiksaan dengan tenang dan yakin.
  6. DOA
    Berikan doa-doa yang mudah dan ringkas untuk dijadikan amalan kepada anak-anak. Berkat doa ibu bapa juga turut membantu anak-anak. Ada juga yang menyarankan agar mengamalkan Doa Kanzal Arasy (terdapat dalam buku Yasin Majmu') setiap kali lepas solat. Galakkan anak Selawat kepada Baginda Rasulullah.
  7. SOLAT HAJAT
    Galakkan anak melakukan solat HAJAT sebelum menghadapi peperiksaan.
  8. MAKANAN
    Berikan makanan yang tidak menimbulkan alergi seperti gatal-gatal, kerana ini akan meresahkan anak yang sedang menduduki peperiksaan. Biasanya yang boleh menimbulkan gatal ialah udang, ketam, sotong, belacan. ayam dan daging.

SET BERSALIN SALINDAH

SET BERSALIN SALINDAH
APA ITU SALINDAH ?

 "Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil Dari Awal Kehamilan Sehingga Habis Pantang"

Kesesuaian
Salindah adalah sesuai untuk semua wanita hamil.

Keterangan
Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.
 
Metod Perubatan
Homeopati, Biokimia dan Herbalisme

Kita sedia maklum bahawa memang ramai wanita hamil yang mengalami masalah dari awal mengandung sehingga lepas bersalin. Selalunya bermula dengan alahan pada awal trimester pertama mengandung, kemudian masalah praeklampsia yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak, sehingga ada yang menghidap masalah meroyan selepas bersalin.

Pengalaman ini sudah pasti kita ingin elakkan kerana ia akan menimbulkan trauma kepada ibu-ibu untuk menempuh pengalaman mengandung untuk kesekian kalinya. Sebaliknya pengalaman ini sewajarnya dinikmati dan dilalui dengan penuh rasa gembira dan selesa. Namun tidak semua wanita bertuah yang dapat menikmati saat dan detik seperti itu.

Paling ditakuti ialah apabila masalah ibu ini boleh membawa kesan negetif kepada bayi yang berada dalam kandungan sehingga ada yang menyebabkan berlaku kecacatan kekal. Seperti contoh penyakit "Down Syndrome".

Itulah antara sebab kenapa ibu hamil ini perlukan makanan tambahan untuk memberikan tenaga dan rawatan kepada ibu malah membantu perkembangan dan tumbesaran bayi anda agar lebih sihat dan cergas. Menyedari masalah-masalah tersebut memerlukan satu penyelesaian yang positif, maka Pencipta Salindah telah berusaha membuat kajian secara ilmiah dan saintifik selama beberapa tahun.

Akhirnya pada tahun 1981, Salindah telah diperkenalkan.Anda perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang faedah dan kelebihan yang diperolehi oleh ibu-ibu bijak yang mengambil Salindah sebagai pemakanan lengkapnya. Sila rujuk maklumat tentang pengambilan Salindah untuk semasa mengandung dan selepas mengandung.

Anda juga akan mengikuti perkembangan bayi dari bulan ke bulan dan seterusnya mengetahui rahsia, khasiat dan penggunaan Salindah di peringkat awal mengandung dan selepas bersalin yang telah terbukti berkesan membantu ibu bersalin dengan mudah dan melahirkan bayi yang sihat lagi pintar.

Set Lengkap Salindah

Pengambilan salindah sepatutnya dari 12 minggu hamil, tetapi masih sempat mengambil set lengkap walaupun kandungan sudah 24 minggu.

Apa tujuan anda makan salindah ?
  1. Ingin lahirkan anak pintar, cerdas, kuat tulang & gigi, keletah, comel, & cantik kulit..mulakan dengan B1,B2 & B3
  2. Untuk bersalin mudah ambil B4, B5 & B6
  3. Untuk mengembalikan kewanitaan anda, sihat tubuh badan, cergas, bertenaga ambilah Set Lepas Bersalin

Kenapa Salindah
Ibu-ibu hamil yang bijak akan memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan dari awal kehamilan sehingga habis pantang . Ini kerana Salindah adalah terdiri daripada rumusan Homeopati , Biokimia dan Herbalisme yang istimewa. Ianya amat membantu ibu - ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.

Salindah juga diperkaya dengan Kalsium , Kalium , Ferum dan Magnesium untuk menjadikan ibu - ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar. Malahan membantu pertumbuhan gigi dan tulang si manja anda menjadi lebih kuat.

Perhatian!
Pengambilan Salindah adalah tidak memberikan kesan sampingan kepada ibu - ibu akan lebih berkeyakinan sepanjang tempoh hamil dan Salindah selamat digunakan.

Khasiat
Menambah dan memperbaiki aliran darah, mengurangkan masalah alahan, menyuburkan perkembangan tian, mengurangkan risiko keguguran, memudahkan bersalin, menghilangkan masalah semasa hamil, ketika bersalin dan selepas bersalin. Mencegah masalah meroyan dan menjurus ke arah memperolehi anak yang sihat dan cerdas.
 
B1
Mulai minggu ke 12 hamilMemberikan zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilangkan atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selsema, sejuk - sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain - lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul simpul urat di kaki. Menghilangkan letih lesu.
B2
Mulai minggu ke 24 hamilMemberikan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, disamping menambah darah. Menambah selera makan, menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah osteoporosis.
B3
Mulai minggu ke 28 hamilMemberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.
B4
Mulai 4 minggu sebelum bersalinRemedi ini istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan alamat palsu, menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan dengan mengendurkan dan menganjalkan otot - otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.
B5
Mulai 2 minggu sebelum bersalinRemedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.
B6
Mulai 1 minggu sebelum bersalinRemedi ini menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit waktu bersalin, mempercepatkan dan mempermudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin.
L7
Selepas bersalinRemedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman atau pernanahan.
L8
Mulai 5 jam selepas bersalinBila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit - sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.
L9
Mulai hari ke 2 selepas bersalinRemedi istimewa ini menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat - urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota itu
L10
Mulai hari ke 6 selepas bersalinRemedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan menegecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru.
L11
Mulai hari ke 7 selepas bersalinRemedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan, menambahkan selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis. Menenangkan tidur. Menghilangkan kebas - kebas. Menyegarkan rahim dan alat peranakan.
L12
Mulai hari ke 21 selepas bersalinRemedi ini menjaga kesihatan ibu selepas bersalin sentiasa agar sihat, mengembalikan kekuatan, memulihkan alat perkelaminan. Menimbulkan kesegaran.
Cara makan Salindah
  1. Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak atas lidah dan kemam sehingga larut.
  2. Jangan sentuh dengan tangan
  3. Berpantanglah dari kopi (minuman berkafein), cili, kari, makanan berempah sekurang-kurangnya sebulan sebelum dan selepas bersalin
  4. Jangan simpan didalam peti ais dan jauhi dari barangan elektrik
  5. Jangan gunakan sudu besi
Cara Pengambilan dan Penggunaan

Dari awal hamil/3 bulan hingga bersalin
  1. B1 (336 biji) mulai 3 bulan (minggu 12) 4 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis
  2. B2 (120 biji) mulai 6 bulan (minggu 24) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis
  3. B3 (336 biji) mulai 7 bulan (minggu 28) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis
  4. B4 (30 biji) 4 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari. Makan sehingga bersalin
  5. B5 (84 biji) 2 minggu sebelum dijangka bersalin 2 biji 3 kali sehari. Makan sehingga bersalin
  6. B6 (30 biji) 1 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit)

Selepas bersalin
  1. L7 (30 ml) penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi
  2. L8 (30 biji) mulai 5 jam selepas bersalin 1 biji setiap jam. Makan sehingga habis. (jika melalui pembedahan,makan hari ketujuh)
  3. L9 (16 biji) mulai dari hari ke 2 bersalin 1 biji 4 kali sehari
  4. L10 (96 biji) mulai dari hari ke 6 bersalin 2 biji 3 kali sehari
  5. L11 (220 ml) mulai dari hari ke 7 atau diminum selepas sehari makan L10 2 sudu 3 kali sehari sebelum makan
  6. L12 (96 biji) mulai dari hari ke 21 atau selepas habiskan L10 makan 2 biji 2 kali sehari. Makan sehingga habis

Bagaimana Salindah Berfungsi ?
Lazimnya doktor membekalkan beberapa jenis ubat kepada ibu hamil, antaranya zat besi, vitamin B kompleks dan asid folik (atau folat). Suplemen-suplemen ini memang penting kepada ibu yang hamil untuk menjaga kesihatannya dan perkembangan janin. Namun demikian, antara kesan lain pengambilannya membuat ibu bertambah selera dan ini menyebabkan janin tumbesar sehingga menyulitkan masa bersalin.

Salindah B1 membekalkan zat besi mudah serap ke dalam edaran darah dan mudah serap ke dalam sel-sel badan. B1 menguatkan badan, melancar aliran darah, mengurangkan risiko keguguran, mengurangkan mabuk dan muntah, mencegah simpul biawak (atau varikos vena). Bertindak dengan B2- ia membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia. B2 membekalkan zat untuk pembentukan tulang, saraf dan otak, di samping membantu penghadaman ibu. B2 diberikan dalam kandungan yang sedikit berbanding B1 dan B3 kerana kita tidak gemar anak begitu besar dalam kandungan. Yang utama ibu sihat dan anggota anak tumbuh dengan lengkap. Pertumbuhan janin yang tidak besar dalam kandungan akan memudahkan kelahiran. Di samping menjadi zat biokimia asas untuk pembentukan otak dan saraf, B3 membuat ibu menjadi tenang menghadapi hari kelahiran bayinya.

Penyingkiran perasaan takut, bimbang dan waswas. Salindah B4, B5 dan B6 berfungsi mencegah berlakunya alamat palsu dan menepatkan tarikh bersalin (ingat : tarikh yang tepat bukan semestinya yang ditetapkan oleh doktor!), menyediakan saluran peranakan bagi melancarkan kelahiran dengan menganjalkan otot-otot liang peranakan, menguatkan otot rahim (uterus) untuk menguatkan kemutan teranan, meminimumkan rasa sakit semasa bersalin, dan memulihkan alat peranakan selepas bersalin. Dengan itu ramai ibu hamil yang menggunakan Salindah bersalin cara biasa tanpa pembedahan biarpun dia pernah melalui pembedahan dalam melahirkan anak-anak sebelum ini.