Friday 15 July 2011

SET BERSALIN SALINDAH

SET BERSALIN SALINDAH
APA ITU SALINDAH ?

 "Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil Dari Awal Kehamilan Sehingga Habis Pantang"

Kesesuaian
Salindah adalah sesuai untuk semua wanita hamil.

Keterangan
Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.
 
Metod Perubatan
Homeopati, Biokimia dan Herbalisme

Kita sedia maklum bahawa memang ramai wanita hamil yang mengalami masalah dari awal mengandung sehingga lepas bersalin. Selalunya bermula dengan alahan pada awal trimester pertama mengandung, kemudian masalah praeklampsia yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak, sehingga ada yang menghidap masalah meroyan selepas bersalin.

Pengalaman ini sudah pasti kita ingin elakkan kerana ia akan menimbulkan trauma kepada ibu-ibu untuk menempuh pengalaman mengandung untuk kesekian kalinya. Sebaliknya pengalaman ini sewajarnya dinikmati dan dilalui dengan penuh rasa gembira dan selesa. Namun tidak semua wanita bertuah yang dapat menikmati saat dan detik seperti itu.

Paling ditakuti ialah apabila masalah ibu ini boleh membawa kesan negetif kepada bayi yang berada dalam kandungan sehingga ada yang menyebabkan berlaku kecacatan kekal. Seperti contoh penyakit "Down Syndrome".

Itulah antara sebab kenapa ibu hamil ini perlukan makanan tambahan untuk memberikan tenaga dan rawatan kepada ibu malah membantu perkembangan dan tumbesaran bayi anda agar lebih sihat dan cergas. Menyedari masalah-masalah tersebut memerlukan satu penyelesaian yang positif, maka Pencipta Salindah telah berusaha membuat kajian secara ilmiah dan saintifik selama beberapa tahun.

Akhirnya pada tahun 1981, Salindah telah diperkenalkan.Anda perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang faedah dan kelebihan yang diperolehi oleh ibu-ibu bijak yang mengambil Salindah sebagai pemakanan lengkapnya. Sila rujuk maklumat tentang pengambilan Salindah untuk semasa mengandung dan selepas mengandung.

Anda juga akan mengikuti perkembangan bayi dari bulan ke bulan dan seterusnya mengetahui rahsia, khasiat dan penggunaan Salindah di peringkat awal mengandung dan selepas bersalin yang telah terbukti berkesan membantu ibu bersalin dengan mudah dan melahirkan bayi yang sihat lagi pintar.

Set Lengkap Salindah

Pengambilan salindah sepatutnya dari 12 minggu hamil, tetapi masih sempat mengambil set lengkap walaupun kandungan sudah 24 minggu.

Apa tujuan anda makan salindah ?
  1. Ingin lahirkan anak pintar, cerdas, kuat tulang & gigi, keletah, comel, & cantik kulit..mulakan dengan B1,B2 & B3
  2. Untuk bersalin mudah ambil B4, B5 & B6
  3. Untuk mengembalikan kewanitaan anda, sihat tubuh badan, cergas, bertenaga ambilah Set Lepas Bersalin

Kenapa Salindah
Ibu-ibu hamil yang bijak akan memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan dari awal kehamilan sehingga habis pantang . Ini kerana Salindah adalah terdiri daripada rumusan Homeopati , Biokimia dan Herbalisme yang istimewa. Ianya amat membantu ibu - ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.

Salindah juga diperkaya dengan Kalsium , Kalium , Ferum dan Magnesium untuk menjadikan ibu - ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar. Malahan membantu pertumbuhan gigi dan tulang si manja anda menjadi lebih kuat.

Perhatian!
Pengambilan Salindah adalah tidak memberikan kesan sampingan kepada ibu - ibu akan lebih berkeyakinan sepanjang tempoh hamil dan Salindah selamat digunakan.

Khasiat
Menambah dan memperbaiki aliran darah, mengurangkan masalah alahan, menyuburkan perkembangan tian, mengurangkan risiko keguguran, memudahkan bersalin, menghilangkan masalah semasa hamil, ketika bersalin dan selepas bersalin. Mencegah masalah meroyan dan menjurus ke arah memperolehi anak yang sihat dan cerdas.
 
B1
Mulai minggu ke 12 hamilMemberikan zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilangkan atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selsema, sejuk - sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain - lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul simpul urat di kaki. Menghilangkan letih lesu.
B2
Mulai minggu ke 24 hamilMemberikan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, disamping menambah darah. Menambah selera makan, menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah osteoporosis.
B3
Mulai minggu ke 28 hamilMemberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.
B4
Mulai 4 minggu sebelum bersalinRemedi ini istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan alamat palsu, menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan dengan mengendurkan dan menganjalkan otot - otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.
B5
Mulai 2 minggu sebelum bersalinRemedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.
B6
Mulai 1 minggu sebelum bersalinRemedi ini menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit waktu bersalin, mempercepatkan dan mempermudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin.
L7
Selepas bersalinRemedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman atau pernanahan.
L8
Mulai 5 jam selepas bersalinBila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit - sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.
L9
Mulai hari ke 2 selepas bersalinRemedi istimewa ini menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat - urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota itu
L10
Mulai hari ke 6 selepas bersalinRemedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan menegecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru.
L11
Mulai hari ke 7 selepas bersalinRemedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan, menambahkan selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis. Menenangkan tidur. Menghilangkan kebas - kebas. Menyegarkan rahim dan alat peranakan.
L12
Mulai hari ke 21 selepas bersalinRemedi ini menjaga kesihatan ibu selepas bersalin sentiasa agar sihat, mengembalikan kekuatan, memulihkan alat perkelaminan. Menimbulkan kesegaran.
Cara makan Salindah
  1. Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak atas lidah dan kemam sehingga larut.
  2. Jangan sentuh dengan tangan
  3. Berpantanglah dari kopi (minuman berkafein), cili, kari, makanan berempah sekurang-kurangnya sebulan sebelum dan selepas bersalin
  4. Jangan simpan didalam peti ais dan jauhi dari barangan elektrik
  5. Jangan gunakan sudu besi
Cara Pengambilan dan Penggunaan

Dari awal hamil/3 bulan hingga bersalin
  1. B1 (336 biji) mulai 3 bulan (minggu 12) 4 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis
  2. B2 (120 biji) mulai 6 bulan (minggu 24) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis
  3. B3 (336 biji) mulai 7 bulan (minggu 28) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis
  4. B4 (30 biji) 4 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari. Makan sehingga bersalin
  5. B5 (84 biji) 2 minggu sebelum dijangka bersalin 2 biji 3 kali sehari. Makan sehingga bersalin
  6. B6 (30 biji) 1 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit)

Selepas bersalin
  1. L7 (30 ml) penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi
  2. L8 (30 biji) mulai 5 jam selepas bersalin 1 biji setiap jam. Makan sehingga habis. (jika melalui pembedahan,makan hari ketujuh)
  3. L9 (16 biji) mulai dari hari ke 2 bersalin 1 biji 4 kali sehari
  4. L10 (96 biji) mulai dari hari ke 6 bersalin 2 biji 3 kali sehari
  5. L11 (220 ml) mulai dari hari ke 7 atau diminum selepas sehari makan L10 2 sudu 3 kali sehari sebelum makan
  6. L12 (96 biji) mulai dari hari ke 21 atau selepas habiskan L10 makan 2 biji 2 kali sehari. Makan sehingga habis

Bagaimana Salindah Berfungsi ?
Lazimnya doktor membekalkan beberapa jenis ubat kepada ibu hamil, antaranya zat besi, vitamin B kompleks dan asid folik (atau folat). Suplemen-suplemen ini memang penting kepada ibu yang hamil untuk menjaga kesihatannya dan perkembangan janin. Namun demikian, antara kesan lain pengambilannya membuat ibu bertambah selera dan ini menyebabkan janin tumbesar sehingga menyulitkan masa bersalin.

Salindah B1 membekalkan zat besi mudah serap ke dalam edaran darah dan mudah serap ke dalam sel-sel badan. B1 menguatkan badan, melancar aliran darah, mengurangkan risiko keguguran, mengurangkan mabuk dan muntah, mencegah simpul biawak (atau varikos vena). Bertindak dengan B2- ia membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia. B2 membekalkan zat untuk pembentukan tulang, saraf dan otak, di samping membantu penghadaman ibu. B2 diberikan dalam kandungan yang sedikit berbanding B1 dan B3 kerana kita tidak gemar anak begitu besar dalam kandungan. Yang utama ibu sihat dan anggota anak tumbuh dengan lengkap. Pertumbuhan janin yang tidak besar dalam kandungan akan memudahkan kelahiran. Di samping menjadi zat biokimia asas untuk pembentukan otak dan saraf, B3 membuat ibu menjadi tenang menghadapi hari kelahiran bayinya.

Penyingkiran perasaan takut, bimbang dan waswas. Salindah B4, B5 dan B6 berfungsi mencegah berlakunya alamat palsu dan menepatkan tarikh bersalin (ingat : tarikh yang tepat bukan semestinya yang ditetapkan oleh doktor!), menyediakan saluran peranakan bagi melancarkan kelahiran dengan menganjalkan otot-otot liang peranakan, menguatkan otot rahim (uterus) untuk menguatkan kemutan teranan, meminimumkan rasa sakit semasa bersalin, dan memulihkan alat peranakan selepas bersalin. Dengan itu ramai ibu hamil yang menggunakan Salindah bersalin cara biasa tanpa pembedahan biarpun dia pernah melalui pembedahan dalam melahirkan anak-anak sebelum ini.

No comments:

Post a Comment